Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jomseminar!

Tuesday, May 13, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Pada hari Sabtu yang lalu iaitu 10 May 08 mencatat sejarah pada hidup aku kerana selama aku menceburkan diri dalam cari duit internet ni, inilah kali pertama aku menghadiri seminar. Seminar ini telah dihadiri oleh 48 orang peserta pada hari pertama. Ramai juga newbie dan usahawan offline yang telah mengikuti seminar tersebut.

Seminar JomSeminar! adalah melibatkan 5 orang speaker dari usahawan-usahawan internet yang telah berjaya di Malaysia. Mereka telah mendapat pendapatan 5 angka sebulan dengan menjadi usahawan internet sepenuh masa. Tapi jangan tersalah bezakan ya antara usahawan internet dan pelaburan internet. Usahawan internet amat berbeza sekali dengan pelaburan internet seperti Swisscash,Empay dan yang sewaktu dengannya.

Mereka telah banyak mencurahkan ilmu dan mendedahkan rahsia bagaimana mereka cari duit di internet. Banyak input yang aku dapati. Kesemua mereka mempunyai kepakaran di bidang yang berlainan.

Di bawah ialah gambar aku bersama 5 orang speaker yang hebat tersebut untuk dikongsi bersama pengunjung blog ini.




Bersama Gobala Krishnan, usahawan internet yang sudah tersohor di peringkat antarabangsa. Pernah popular dengan produk ChapterMnya dan kini telah mempunyai lebih 10,000 list dari seluruh dunia. Gobala ini friendly dan tak sombong. Sempat borak-borak pasal IM sambil lepak pekena dunhill dengan dia selepas lunch menceritakan pengalaman beliau dalam dunia IM yang diceburi sejak 2005 lagi. Satu rahsia Gobala yang didedahkan kepada saya ialah dia hanya buat satu post sahaja di wangcyber hehe. Ini kerana beliau sendiri sibuk dengan urusan perniagaan internetnya dan melayan 2 forum miliknya sendiri.




Bersama Fuad Latif, walaupun sebelum ni aku tak begitu mengenali beliau keran dia ni jenis tak suka menonjolkan diri tapi pada hari itu, aku rasa dia paling banyak memberi ilmu baru kepada aku dengan teknik SEOnya. Memang best, Dia juga mengatakan ada membuat pelbagai auto system seperti auto update vblognya. Apabila ada someone hantar video terbaru dengan keyword yang sama akan auto update di vblog beliau. Semasa borak-borak semasa minum pagi dia mengatakan beliau cari duit internet dengan pelbagai cara. Semua dia belasah spt affiliate, adsense,PPC dan sebagainya. Forex pun dia belasah juga dan ada bina system sendiri auto pilot dengan menggunakan signal yang beliau buat sendiri. Malangnya semua sistem yang dia bina tidak dijual. Semuanya pakai sendiri shj.

Tabik la Fuad Latif, dia memang programer yang power!




Bersama Syed Ikhwan. Beliau ialah pakar google adsense dan pernah mendapat US1000 sehari dengan program google adsense. Seperti yang aku jangka Syed akan mengajar cara video marketingnya tu. Yang menariknya Syed Ikhwan pernah jadi ahli yahoogroup blalang_group dan selalu YM dgn aku. Seorang yang peramah dan selalu membantu dengan ikhlas.




Bersama Alang. Alang juga terkenal di peringkat antarabangsa dan boleh cari makan dengan menjual direktori sahaja. Aku pernah terbaca dalam blognya pendapatannya hampir RM20,000 sebulan! Alang juga pernah menjual 5 blognya dengan harga US14000!! Alang juga pernah mengatakan menyewa server hosting yang sewanya US1000 utk mendapatkan bandwith yang besar. Peh! berapa ramai visitornya dalam satu hari. Cayalah! Alang seperti seorang yang peramah dan senang didekati. Di antara 5 orang speaker Alang yang paling pandai buat lawak dan juga suka bertanya soalan kepada peserta. Aku pun kena tu..Berbeza dengan karakter dia di forum Wangcyber kot.

Beliau juga mengenali nick aku hehe kerana katanya nick name dah nak sama sebab aku pernah juga menghantar komen di blog beliau. Hehe backlink tu!!




Bersama Yusry, beliau ialah seorang yang low profile dan hampir tidak dikenali tetapi beliau adalah pakar dalam affiliate dan pada hari tersebut telah mendedahkan teknik-teknik beliau.
Yusry juga mempunyai pendapat dari internet sebanyak 5 angka sebulan!

Yusry menjadi MC pada seminar tu bersama kawannya tukang ambil gambar dan video tu. Terlupa pula nama brader tu yang menurut Yusry pakar dalam Project management. Entah-entah seminar Jomseminar! pun dia yang jadi arangge sehingga berjaya.

Secara keseluruhannya, aku amat berpuashati dengan seminar tersebut dan pendapat aku usahawan internet yang tidak menyertai seminar tersebut adalah rugi sekali kerana bukan senang nak berjumpa dengan otai-otai IM ni ramai-ramai sekaligus.

Masih teringat kata-kata Alang, kalau part time IM (macam aku ni) tak boleh disamakan dengan IM full time. Baru aku sedar dan bersyukur dengan pendapatan internet aku sekarang ni kira dah ok juga. Syukur Alhamdulillah! Cuma aku mencabar diri aku untuk meniru mereka mendapat income 5 angka sebulan dari cari duit di internet.

Jom cari duit di internet!

Comments

0 comments to "Jomseminar!"