Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Duit Internet: Pelaburan Di Internet Haram ?

Monday, February 26, 2007 www.tips-fb.com by Admin · 5 comments
Filed under: , , ,

Pelaburan di internet kian menjadi-jadi dan jika dilihat trend sekarang , rakyat Malaysia yang berinternet atau tidak pernah sekalipun melayari internet malah tidak tahu apa itu internet semakin mempercayai urusniaga di internet. Dari satu aspek ternampak ada kemajuan it tetapi jika dibiarkan akan menjadi satu barah pula.

Kenapa? Mereka tipu ker? Hanguskah duit aku?
Ok sebenarnya jawapannya saya pun tidak tahu.Walau bagaimanapun pengalaman saya bermain hyip sebelum ini, 99% adalah akan ditutup (boleh lihat di post sebelum ini). Sememangnya program HYIP adalah sebegitu, malah ada program-program yang sudah declaire awal: Bayaran akan dibuat sehingga program ini bekerja.

Itu adalah satu hal yang lain, tetapi yang saya tekankan bahawa dari segi hukum Syara'. Halal atau haram duit-duit pelaburan tersebut. Sebagai orang Islam kita wajib mencari rezeki yang halal!!! Jika sebelum ini kita terlalai diharap kita akan membuang program-program tersebut.

Kenapa Ia Haram?
Senang sahaja, di dalam Islam dimana perniagaan atau pelaburan yang mempunyai pulangan yang tetap adalah di HARAM!!! Saya bukan ustaz untuk memberi hukum halal-haram, tetapi setelah saya terjumpa seorang Ustaz yang celik IT, yang boleh memberi hujah yang kukuh beserta dengan dalil-dalilnya sekali yang mengatakan program-program tersebut adalah haram.

Antara petikan mengenai Empay:

Jelasnya, ia adalah amat jelas, 'bermain dengan kepala' ( komsiyen ikut kepala dan berapa ramai ahli yang berjaya diperolehi dan bukannya komisyen jual barangan syarikat).

Justeru jelas lagi bersuluh ia adalah haram dan termasuk dalam kategori yang disebut oleh Allah sebagai : ولا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل Ertinya : Dan janganlah kamu memakan harta sesame kamu dengan cara yang bathil (salah)..( Al-Baqarah : 188) Inilah sistem piramid bentuk cara yang salah dan tidak menepati Islam. Tambahan pula, setiap lot yang dibeli bermakna akan menghasilkan untung yang telah ditetapkan jumlahnya. Inilah namanya 'Mudarabah Palsu'.

Tiada jaminan untung dalam Mudarabah sama sekali walaupun dari pihak ketiga. Ia tidak ubah seperti ‘Fixed Deposit' dari satu sudut: Fixed deposit adalah satu jenis pelaburan yang menjamin pulangan atau keuntungan dalam bentuk yang telah ditentukan secara pasti sejak awal lagi. Sebagai contoh, jika anda meletakkan duit pelaburan sebanyak RM 10,000 bagi tempoh 5 bulan, anda pasti akan diberi pulangan samada jumlah tertentu (seperti RM 5,000) atau kadar pulangan yang pasti (12 %) dari jumlah pelaburan anda. Cuma perbezaannya adalah ia lebih teruk lagi kerana Fixed Depost tidak meletakkan perbezaan perolehan komisyen kepada pencarian ahli. Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana Riba.

Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut :
أن الخراج بالضمان

Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)

Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram

Sumber: www.zaharuddin.net . Ustaz Zaharuddin adalah seorang kolumnis ruangan agama di Harian Metro Ahad. Berikut diantara jawapan-jawapan atau hujah-hujah dari Ustaz Zaharuddin mengenai pelaburan Empay dan Swisscash:

Hukum Empay:

http://tinyurl.com/2uhnxx

Hukum Swisscash:

1. http://tinyurl.com/2ath86

2. http://tinyurl.com/ynl59d

Program-program yang lain seperti Abfund, winlifunfd dan beribu-ribu lagi program HYIP yang lain, jika melibatkan pulangan secara tetap, tanpa aqad dan sebagainya pun sama juga.

Oleh itu marilah kita sama-sama meninggalkan rezeki yang haram kerana dari rezeki tersebut kita akan membeli makanan untuk kita,isteri/suami dan anak-anak. Jika kita sudah terbiasa memakan dari sumber yang haram akan menyebabkan hati kita mati.

Carilah yang halal. Jika anda tidak berminat dengan ASB dan sebagainya, masih ada program pelaburan yang halal yang saya recommend iaitu FOREX.

Panduan Forex secara asas :

http://www.blalang.com/forex

Hukum Forex dari pelbagai sumber:

http://tinyurl.com/229v8k

Hukum forex dari diskusi egroup Assunah (Indonesia) :

http://tinyurl.com/ypbmsh

Lain-lain:

http://users.cjb.net/onlinetrading/hukum.html

Atau anda boleh bertanya sendiri melalui googling atau yahoo menggunakan keyword: HUKUM FOREX.


Sekian, diharap para pelabur Empay,Swisscash,Abfund,Uptrend,erafa, winlifund dan lain-lain program hyip dan MLM, tidak berdendam dengan saya, saya sekadar ingat mengingati sesama Muslim.Marilah kita sama-sama bertaubat selagi masih bernafas.

Cari Duit Internet : Cari kelainan dalam memasarkan produk

Thursday, February 15, 2007 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: , ,

Tajuk di atas seperti menakutkan kita dari bersaing.Lakukah produk kita jika ramai yang menjual barangan/perkhidmatan yang sama. Adakah perlu kita menjual produk/perkhidmatan kita dengan harga yang murah untuk menghadapi pesaing? Tidak seperti web syoknyer kahwin yang membuka peluang dari cabaran pesaing.Apakah pesaing adalah satu cabaran kepada kita? Bagaimana kita hendak menghadapi pesaing? Saya bukanlah pakar perniagaan dan bukanlah seorang yang mempunyai latar belakang perniagaan, tetapi maklumat-maklumat yang diberi dari hasil pemerhatian saya sebagai seorang usahawan kecil-kecilan di internet.

Kita seharusnya berfikiran positif untuk menghadapi pesaing kita:
1. Tidak perlu menurunkan harga barang. Jangan takut jika produk kita berkualiti, jual dengan harga berpatutan dengan kualiti produk kita.

2. Tetapi menurunkan harga barang dengan profit margin yang sedikit jika perlu sebagai tektik melariskan barang masih juga diterima. Kalau tidak mengapa Shopping Complex membuat potongan harga.Jual stok lama ok lah.

3.Cari kelainan cara memasarkan produk kita dari pesaing.Seperti yang saya lakukan dalam produk iklan saya. Sekarang terlalu banyak website yang menawarkan ruangan iklan untuk disewa ataupun secara percuma.Sebab itu saya mencari kelainan dalam produk iklan saya.

4. Menggunakan ayat power

5. Beri hadiah percuma.kurang praktikal tetapi masih berkesan

6. Cari idea kreatif untuk bersaing.

7. Tidak perlu jumpa bomoh :)

8. Berikan service yang terbaik berbanding pesaing anda.

9. Cari kelemahan pesaing anda dan binalah kekuatan anda.

10. Lebih promosi

DI SINI adalah salah satu kelainan dalam saya memasarkan produk iklan saya dari pesaing-pesaing saya.

Cari Duit Internet : AGLOCO™ Tipu ker?

www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under: ,



Pelancaran AGLOCO™ tinggal 15 hari lagi.Saya tidak pasti dan berharap AGLOCO™ bukanlah satu program SCAM yang akan menyebabkan masa kita terbuang begitu sahaja seperti program paid email,auto-surf dan sebagainya.
Sebelum ini heboh di egroup-egroup di Malaysia mengenai email berbayar Numenmail yang menjanjikan pulangan USD8888.00. Numenmail ini mendapat sambutan yang hangat sehingga saya yang promosi ala kadar pun mendapat 264 orang downline dan dapat mengumpul kononnya USD8888 dalam masa 2 minggu sahaja.
Saya dari awalnya memang tidak berharap pulangan yang sebegitu besar denga hanya membaca email dan autosurf. Tidak masuk akal bukan? Sementelahan pula ia percuma dan tidak memerlukan kita membuat pembayaran.

Ok mengenai AGLOCO™ pula, kita boleh mula download view bar mereka mulai Mac ini. Seperti yang mereka janjikan dengan hanya mendownload view bar tersebut dan biarkan ia running sendiri, kita boleh mendapat pulangan.Mudah sangat betul ker ni?

Tapi seperti biasa saya tidak akan lupa mewar-warkan kepada anda peluang buat duit di internet dengan program AGLOCO™ ini. Untuk mendapat lebih penerangan mengenai AGLOCO™ di dalam Bahasa Melayu boleh didapati di Agloco Melayu

Tetapi tidak salah untuk dicuba bukan? Mari kita cuba membuat rangkaian Agloco Melayu dengan sistem AGLOCO™ ini. Jika ia tipu pun kita tidak rugi apa-apa, juga tidak rugi masa kerana kita boleh membuat kerja lain semasa AGLOCO™ menjalankan kerja pengiklan mereka.
Jom, mari mendaftar AGLOCO™ segera sebelum pelancaran mereka, dan mula membina rangkaian Agloco Melayu dengan klik banner AGLOCO™ di bawah.

Blalang Cari Duit: Cukup!! Jangan Buang Duit Anda

Tuesday, February 13, 2007 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: , , , ,



BERHENTI BERMAIN HYIP,AUTOSURF,MLM DAN SEBAGAINYA...!!!!

Ya benar seperti kata otai-otai komuniti wangcyber, program-program di atas adalah program taik,busuk lagi membusukkan nama buat duit di internet.

Seperti orang lain,saya juga mempunyai pengalaman melibatkan diri dengan program-program di atas (lihat post terdahulu).Saya akui memang mudah untuk buat duit dengan HYIP. Tetapi seperti diketahui 90%-99% program di atas adalah SCAM. Mereka tidak boleh tahan lama,bila tuan punya web kaya raya mereka akan cabut.

Kebanyakan mereka rolling duit pelabur dengan bermain forex. Mereka laburkan wang kita dan mendapat keuntungan berlipat ganda untuk membayar kembali percentnya kepada pelabur. Kemudian apabila mereka dah kaya-raya,mereka akan cabut...!!Siapa yang bermain HYIP mesti masak benar mengenai perkara ini.Sebenarnya saya sudah bosan dengan program-program sebegini. Tersilap percaturan, bukannya dapat duit mudah tetapi buang duit secara mudah. :)

Oleh itu, dari kita biarkan mereka buat duit dengan duit kita, kenapa tidak kita sendiri buat duit dengan duit kita? Oleh sebab itulah , saya belajar bermain FOREX dari kawan-kawan. Dan seperti biasa saya akan kongsi dengan kawan-kawan yang lain.

Saya telah membina website mengenai FOREX marketiva secara asasnya. Cara untuk buka akaun, dan langkah-langkah untuk mula bermain FOREX. Selepas itu saya serahkan kepada anda untuk belajar dari otai-otai forex dan dengan membaca ebook percuma di link yang saya berikan kerana saya pun masih amatur lagi.

Jom belajar FOREX dengan klik banner di bawah :-