Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Salam Perkenalan

Friday, August 25, 2006 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam perkenalan dari saya. Saya berasal dan tinggal di Johor, Malaysia. Tujuan blog ini dicipta adalah untuk menceritakan pengalaman saya di dalam dunia internet untuk cari duit tambahan. Pada mulanya saya layari internet hanya suka-suka untuk menambahkan ilmu. Lama-lama apabila kos hidup semakin meningkat semenjak kenaikan harga minyak pada tahun 2006 ini, saya gagahi juga ilmu cari duit di dunia internet ini.

Aktiviti saya di dunia internet mula bermakna pada diri saya setelah saya mencipta sebuah egroup dari facilities yahoo iaitu
blalang_group(click to view). Dari lebih kurang 15 orang ahli sahaja iaitu kawan-kawan saya di dunia nyata telah menjadi semakin besar dan sehingga blog ini ditulis telah ada 7755 orang ahli.

Saya sebenarnya seorang moderator yang tidak terlalu menonjol dan jarang menyampuk email dari ahli. Malah di kalangan ahli blalang_group ni pun tidak ambil kisah siapa owner
blalang_group ini. Saya lebih suka begini.

Pada mulanya saya memang tidak percaya langsung dengan perniagaan di internet. Akan tetapi setelah membaca forum-forum dan melayari website-website saya mula percaya kita memang boleh menambah pendapatan melalui internet. Contoh terbaik ialah jutawan muda saudara Irfan Khairi. Beliau telah membuktikan kita boleh menjadi jutawan senyap.

Saya pula tiada niat langsung untuk menjadi jutawan melaui perniagaan internet. Buat masa ini cukuplah sekadar menambah duit poket saya.

Mungkin pengalaman saya adalah amat sedikit berbanding dengan mereka yang telah lama menceburi bidang ini. Mentelahan pula saya tiada modal yang banyak. Oleh sebab itu di blog ini saya akan cuba menceritakan bagaiman mendapat duit dengan mudah melalui internet dengan modal yang sedikit dan saya lebihkan pada program yang tidak memerlukan modal.

Sebenarnya blog ini sesuai kepada mereka yang baru hendak mencuba cari duit melalui internet dan diharap ada blogger yang lebih senior dalam cari duit di internet dapat memberi tip dan menokok tambah mana yang kurang.

Comments

0 comments to "Salam Perkenalan"